Page ini menerangkan berkenaan terma dan syarat untuk anda menggunakan Facebook (FB) di Butik Sayangku Online (Butik).
- Butik akan mengenali anda melalui akaun FB yang anda gunakan bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi.
- Anda haruslah menggunakan App ini untuk tujuan pendaftaran akaun di Butik dan urusan-urusan berkaitan transaksi jualan sahaja. Butik tidak akan teragak-agak untuk melaporkan sebarang penyalah gunaan kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya sekiranya diperlukan.
- Anda amatlah digalakkan untuk berkongsi / share website dan page Butik kepada rakan-rakan untuk tujuan promosi sekiranya mendapati perkhidmatan dan layanan pihak Butik adalah memuaskan. Anda juga digalakkan untuk rate kami 5 bintang sekiranya dirasakan perkhidmatan kami adalah memuaskan.
- Butik berhak menggunakan maklumat umum profil FB anda seperti nickname dan foto untuk tujuan promosi. Contohnya; Testimoni pelanggan.
- Butik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian dan atau kerosakan kepada mana-mana pihak akibat daripada menggunakan sebarang perkara melalui website Butik. Contohnya; Telefon anda rosak semasa melayari website Butik.
- Butik berhak meminda mana-mana bahagian dalam pagi ini tanpa sebarang notis. Sila rujuk tarikh dan masa kemaskini terakhir di bawah.
Kemaskini terakhir : 25 Januari 2018 jam 1 pagi (waktu Malaysia).