Kemaskini terakhir pada 1 April 2017 07:51 a.m.
Laman ini adalah berkaitan pemprosesan maklumat anda untuk urusan pembelian secara atas talian (online).
‘Penjual’ adalah merujuk kepada kami, iaitu penjual online, dan pemilik laman web Butik Sayangku Online. (dimiliki oleh Sayangku Anak Resources : No. pendaftaran SSM 002639040-P)
‘Pembeli’ adalah merujuk kepada anda, iaitu pembeli.
Perkhidmatan Internet Banking disediakan oleh Konsortium ICT Pantai Timur
Maklumat peribadi
- Nama, alamat, no. telefon, dan sebarang maklumat berkaitan pembeli adalah dikira maklumat peribadi.
- Penjual menggunakan jaringan HTTPS untuk memastikan maklumat yang diberi adalah selamat daripada bocor ke pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Maklumat pembayaran
- Penjual hanya menerima status transaksi daripada penyedia perkhidmatan Internet Banking bersama maklumat asas pesanan sahaja.
- Penjual akan menyimpan maklumat berkaitan dalam sistem storan yang selamat sehingga ke suatu tempoh masa melebihi 5 tahun untuk tujuan audit, dan atau sehingga lesen perniagaan ditamatkan.
Pengurusan maklumat
- Penjual akan menggunakan maklumat pembeli untuk urusan berkaitan transaksi secara online sahaja.
- Tidak ada sebarang maklumat pembeli akan didedahkan kepada mana-mana pihak melainkan menerima arahan daripada Kerajaan, dan atau pihak-pihak berkuasa untuk tujuan siasatan lanjut.
- Penjual tidak akan menjual maklumat pembeli.
- Penjual berhak untuk menerbitkan semula mesej atau conversation antara penjual dan pembeli bagi tujuan promosi. Contohnya; mesej WhatsApp yang terpilih mungkin akan dipublisitkan sebagai testimoni kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan kami.