Kemaskini terakhir pada 1 April 2017 07:51 a.m.
Laman ini adalah berkaitan terma dan syarat untuk urusan pembelian secara atas talian (online).
‘Penjual’ adalah merujuk kepada kami, iaitu penjual online, dan pemilik laman web Butik Sayangku Online. (dimiliki oleh Sayangku Anak Resources : No. pendaftaran SSM 002639040-P)
‘Pembeli’ adalah merujuk kepada anda, iaitu pembeli.
Perkhidmatan Internet Banking disediakan oleh Konsortium ICT Pantai Timur
Pesanan dan pra-pesanan (Order and pre-order)
- Sila pastikan bahawa alamat URL untuk proses ini adalah https://butik.sayangku.online
- Pembeli perlu mengisi nama, alamat, no. telefon, dan emel untuk membuat pesanan. Sila rujuk Privacy Policy untuk maklumat berkaitan pemprosesan maklumat yang diberikan.
- Sila pastikan emel yang dimasukkan adalah betul kerana sistem akan menghantar maklumat pesanan melalui emel.
- Sistem akan menghantar emel kepada pembeli menggunakan alamat butik@sayangku.online . Sila pastikan bahawa anda whitelist alamat emel berkenaan untuk membolehkan emel masuk ke Inbox. Sila periksa juga Spam kerana kebanyakan emel automatik akan masuk ke Spam.
- Sila pilih spesifikasi barang belian mengikut kesesuaian untuk mengelakkan masalah selepas pembelian. Contohnya; warna dan saiz baju yang dipilih mestilah dapat dipadankan pada anak anda.
- Hanya pesanan yang berjaya dibayar secara online sahaja akan diproses.
Pembayaran (Payment)
- Kaedah pembayaran – FPX
- Pembeli boleh memilih daripada lebih 15 bank untuk urusan pembayaran seperti mana dipaparkan semasa proses Checkout.
- Pembeli tidak dikenakan sebarang caj tambahan.
- Sila pastikan bahawa nama penjual di Internet Banking adalah Konsortium ICT Pantai Timur atau Sayangku Anak Resources sahaja.
- Sistem akan menghantar notifikasi menggunakan alamat emel kpg@k-ict.org . Sila pastikan bahawa anda whitelist alamat emel berkenaan untuk membolehkan emel masuk ke Inbox. Sila periksa juga Spam kerana kebanyakan emel automatik akan masuk ke Spam.
- Resit bayaran tidak perlu dihantar kepada penjual kerana sistem akan mengenalpasti status transaksi pembayaran yang dibuat.
- Kaedah pembayaran – Bank In / Bank Transfer / Cash Deposit
- Sekiranya pembeli melakukan pembayaran melalui kaedah “bank transfer”. Sila letakkan nama pembeli dan nombor pesanan sebagai rujukkan.
- Jika pembeli memilih kaedah “cash deposit” di mesin atm (CDM). Sila Whatsapp penjual dan sertakan slip transaksi ke 011-29438464 sebagai bukti pembayaran.
- Pesanan anda akan diproses setelah bayaran diterima.
- Sila lakukan pembayaran dalam masa 3 hari setelah pesanan dibuat. Selepas 3 hari pesanan anda akan dibatalkan jika tiada pembayaran diterima.
- Kaedah pembayaran – Cek
- Jika pembeli memilih kaedah “cek” di cheque deposit machine. Sila Whatsapp penjual dan sertakan slip transaksi ke 011-29438464 sebagai bukti pembayaran.
- Pesanan anda akan diproses setelah cek anda “clear”
- Sila lakukan pembayaran dalam masa 3 hari setelah pesanan dibuat. Selepas 3 hari pesanan anda akan dibatalkan jika tiada pembayaran diterima.
Pengeposan (Shipping)
- Pengeposan barang yang dipesan akan diproses dalam masa 3-7hari berkerja selepas bayaran diterima.
- Tracking no. akan dimaklumkan kepada pembeli melalui email atau WhatsApp. Sekiranya pembeli tidak menggunakan aplikasi berkenaan, sila hubungi 011-29438464
-
Courier Service– Penjual menggunakan perkhidmatan kurier melalui syarikat yang berdaftar untuk semua jenis penghantaran.– Sila ambil perhatian bahawa penjual tidak akan melakukan pengeposan kepada P.O. Boxes, hotels & resorts.– Sila pastikan ada seseorang yang bersedia untuk menerima barangan di alamat penghantaran yang diberikan.
-
Delivery Duration (Masa Penghantaran )– Pada asasnya syarikat kurier akan mengambil masa 1 ~ 2 hari bekerja untuk penghantaran, melainkan jika zon khas atau luar bandar mungkin mengambil masa yang lebih lama– Penjual tidak akan bertanggungjawab untuk kelewatan yang disebabkan oleh apa-apa sebab oleh syarikat perkhidmatan kurier.– Tempoh penghantaran mungkin berbeza-beza, terutamanya semasa Hari Raya, Tahun Baru Cina dan cuti umum lain.– Sila ambil perhatian bahawa ini adalah hanya panduan kasar. Tempoh penghantaran bergantung kepada perkhidmatan pos di kawasan anda.
- COD (Come On Date Service or Cash On Delivery) – Secara asasnya, penjual tidak menyediakan perkhidmatan COD kepada pembeli.
After Sales Policy
A:Gambar dan maklumat yang dipamerkan adalah sebagai tujuan untuk rujukan sahaja. Monitor yang berbeza memaparkan warna berbeza, dan definisi warna semua orang adalah berbeza-beza, dengan itu penjual tidak dapat menjamin apa yang pembeli lihat dalam laman sesawang adalah betul-betul sama seperti warna produk sebenar, tetapi ia pasti akan menjadi warna asas. Gambar yang dipamerkan adalah hanya untuk tujuan ilustrasi, sila mendasarkan pada produk sebenar yang diterima.
A:Sesetengah ukuran item telah dinyatakan didalam laman web penjual, sebelum pembeli mempertimbangkan untuk membeli, sila pastikan ukuran yang dinyatakan sama ada sesuai atau tidak. Semua ukuran mungkin mempunyai perbezaan 0.5-2.0cm untuk item yang sebenar. Untuk maklumat lanjut, pembeli boleh mendapatkan khidmat nasihat penjual melalui whatsapp di 011-29438464.
A:[All GOODS SOLD IS NOT RETURNABLE OR EXCHANGEABLE OR REFUNDABLE]
A: Penjual tidak akan melayan mana-mana pulangan tanpa notis terlebih dahulu kepada kami. Sila pastikan bahawa barang-barang yang dikembalikan tidak digunakan, dibersihkan dan mengekalkan bungkusan asal. Sebarang penggunaan, tercalar, barang-barang yang rosak tidak akan diterima untuk pulangan. (Sila pastikan barang-barang dikembalikan dengan tag barangan dan dengan bungkusan asal jika ada, jika barang yang dipulangkan telah rosak dengan apa cara sekalipun, penjual tidak akan menerima untuk penggantian.)
♥ Barang yang dipesan sudah kehabisan stok. Contohnya; anda memesan baju warna hijau tetapi stok baru sahaja habis.
♥ Harga barang untuk exchange adalah sama dengan harga barang yang kehabisan stok.
♥ Pembeli ingin menukar barang yang dibeli dengan barang lain yang sama harganya.
Sila berhubung dengan penjual di 011-29438464 untuk urusan berkaitan.
Pembatalan Pesanan / Pra Pesanan
- Pembatalan pesanan boleh dibuat sekiranya :
- ~ Vendor kehabisan stok / saiz / warna /corak~ Penukaran items pada harga yang sama
- 2. Deposit untuk pesanan / pra pesanan samaada pembayaran separuh atau pembayaran penuh tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dilakukan oleh pembeli.
Pemulangan bayaran (Refund)
1. Bayaran yang telah dibuat akan dipulangkan sekiranya;
♥ Kerosakan barang semasa pengeluaran daripada kilang (Penjual akan memastikan bahawa barang yang akan dipos adalah dalam keadaan baik).
♥ Kerosakan barang sebelum dipos (Penjual akan memastikan bahawa barang yang akan dipos adalah dalam keadaan baik).
2. Bayaran yang telah dibuat tidak akan dipulangkan sekiranya;
♥ Kerosakan, dan atau kehilangan barang yang disebabkan oleh kecuaian syarikat pos, dan atau pihak-pihak lain.
3. Deposit samaada bayaran penuh atau bayaran separuh untuk items pre-order tidak akan dipulangkan sekiranya pembeli memutuskan untuk membatalkan pesanan yang telah dibuat.
3. Penjual akan refund pada kadar bayaran (- RM 10.00) atas sebab kos pengurusan
4. Sila berhubung terus dengan penjual untuk budi bicara.
Umum
- Penjual hanya menggunakan alamat URL https://butik.sayangku.online sahaja untuk tujuan penjualan online. Penjual tidak akan bertanggungjawab ke atas urusan transaksi yang dilakukan selain daripada alamat URL yang dipaparkan.
- Tidak ada sebarang isi dalam laman web ini dibenarkan untuk digunakan, dan atau diterbitkan semula tanpa kebenaran bertulis daripada penjual selain daripada tujuan promosi.
- Penjual tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian kepada mana-mana pihak sebelum, semasa, dan selepas anda melayari laman web ini.